Sekolah Menengah Kebangsaan Putra merupakan sekolah Gred A dan mempunyai 43 kelas. Pada masa kini Sekolah Menengah Kebangsaan Putra berkeluasan 12.11 hektar, sudah memiliki kawasan dan bangunan sendiri yang lengkap dengan kelas-kelas pembelajaran, makmal sains, bilik muzik dan tayangan, perpustakaan, bengkel Kemahiran Hidup, bengkel Automotif, bilik Ekonomi Rumah Tangga, bilik Seni, Makmal Grafik Komputer dan lain-lain bilik asas serta kemudahan-kemudahan yang lain. Sekolah ini juga mempunyai kelas Pendidikan Khas kategori cacat pendengaran. Sekolah Menengah Kebangsaan Putra mempunyai tiga orang Guru Cemerlang iaitu Puan Zalina bt Ahmad Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Encik Mohd Nasir bin Nyan Guru Cemerlang Pendidikan Islam dan Encik Fadzil bin Matt Noor Guru Cemerlang Pendidikan Seni.